Felda Jelai merupakan salah satu Felda yang maju yang juga mempunyai pelbagai kemudahan awam untuk komuniti di sini. Antaranya, ia terdapat Pusat Jalur Lebar Komuniti yang terletak di Felda Jelai 4. Pusat jalur lebar ini boleh digunakan oleh komuniti di sini untuk mencari maklumat dan menggunakan kemudahan internet dengan lebih cepat dan mudah untuk mengaksesnya. Pusat ini telah digunakan oleh ramai orang, sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Ia tidak kira peringkat umur untuk mengggunakannya kerana pusat ini boleh digunakan dengan pelbagai perkara yang berfaedah dengan melayari internet. Para pelajar di Felda Jelai ini juga boleh melayari internet dengan hanya menggunakan netbook 1 Malaysia yang mereka dapati melalui wireless dari pusat jalur lebar tersebut.
Pusat Jalur Lebar di Felda Jelai
PROGRAM KARNIVAL IKTIRAF WILAYAH RAJA ALIAS
TARIKH : 21-23 OKT. 2011
HARI : JUMAAT-AHAD
MASA : 8.00 PG-12.00 MALAM
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI FELDA JELAI KOMPLEKS
ANJURAN :
- MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA
- FELDA
- SERANTA (FELDA) JABATAN PERDANA MENTERI
- UteM (PERSADA)
- KENTUCKY FRIED CHICKEN (KFC)
Di dalam Karnival Iktiraf ini, banyak aktiviti dan program yang telah dijalankan antaranya:
- Gerai Pameran dan jualan
- Program Jelajah Prihatin MBFM
- Senam Seni 1 Malaysia
- Forum Perdana ‘Iktiraf’
- Felda Idol
- Battle of the Band
- Konsert Malam ‘Iktiraf’-Persembahan Artis Jemputan- Jalil Hamid & Asheed (Def Gab C)
- Sukan Hari Ikatan Hati Warga Felda
- Sukan antara Persatuan
- Sukaneka
- Kempen Derma Darah
- Cabutan Bertuah
Program ini juga amat meriah dan telah banyak menarik minat warga komuniti Wilayah Raja Alias khususnya Komuniti Felda Jelai untuk menyertai program ini. Program sebegini amat berguna dan harus digalakkan kerana program mampu memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Malah, program ini juga mampu menjamin kesihatan masyarakat dan menyihatkan tubuh badan dengan melakukan aktiviti sukan dan sukaneka yang telah dijalankan.
KENALI SMK JELAI (F) GEMAS NEGERI SEMBILAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai Felda, Gemas, Negeri Sembilan terletak kira-kira 52km dari bandar Tampin dan 24km dari bandar kecil Gemas. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah Gugusan Felda 1,2,3 dan 4. Sebelumnya di Gugusan Felda Jelai ini terdapat dua buah sekolah kebangsaan dan kini terdapat sebuah lagi sekolah kebangsaan di Jelai 3 yang dtubuhkan pada tahun 1994. Kesemua sekolah kebangsaan ini menampung jumlah pelajar yang terbanyak di seluruh Negeri Sembilan. Justeru itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di sini bagi menampung masalah pengangkutan pelajar-pelajar untuk bersekolah di luar Felda Jelai. Dengan terbinanya SMK Jelai (F) ini dapat memberikan pendidikan menengah kepada anak-anak peneroka disamping turut mengurangkan perbelanjaan menghantar anak-anak bersekolah di luar Felda Jelai ini.
SMK Jelai (F) dibina pada 20 April 1987 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Jelai (F). Nama tersebut dipilih berdasarkan kedudukan sekolah ini di tengah-tengah Gugusan Felda Jelai. Jenis sekolah ini adalah Sekolah Menengah Rendah aliran atau bahasa penghantarnya Bahasa Melayu. Gerd sekolah ini ialah gred B sementara kod sekolah ini ialah NEA5056.

PROGRAM PUSAT AKSES SEKOLAH (PuAS) BERSAMA KOMUNITI (EVERYONE CAN ACCES)-PENGGUNAAN INTERNET
KERJASAMA:
-Pusat Jalur Lebar Felda Jelai
-Bahagian Teknologi Pendidikan/ Pusat Kegiatan Guru Gemas
Tarikh: 22 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 3.00 -6.00 petang
Tempat : Pusat Akses & Makmal Komputer SMK Jelai (F)
Tentatif Program
2.30-3.00 ptg – Kehadiran & Pendaftaran
3.00-3.15 ptg –Ucapan Pengetua, Ucapan Perasmian
2.30-3.00 ptg –Program Latihan
· Pengenalan kepada Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox
· Pengenalan kepada ‘Search Engine’ seperti Google, Yahoo!, Bing, Ask
· Taklimat ringkas tentang cara penggunaan internet
· Melayari laman web berkaitan dengan felda dan Koperasi Felda
5.00-5.30 ptg –Latihan dan kuiz “Siapa Cepat Dia Dapat”
5.30-5.45 ptg –Penyampaian sijil dan cenderahati
5.45-6.00 ptg –Jamuan ringan
Rasional Program ini dijalankan:
Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan satu dari pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Ramai pelajar dilihat amat berminat dan cenderung dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Selain daripada membestarikan sekolah, komuniti turut digalakkan untuk menimba ilmu dalam bidang ICT. Ini kerana, ICT merupakan tunjang utama dalam hampir semua bidang dan kemudahan. Pendedahan kepada asas menggunakan internet diberi kepada warga Komuniti Felda Jelai sebagai ilmu pengetahuan yang akan digunakan dalam kehidupan harian mereka.
Objektif Program ini pula:
- Memberi pendedahan tentang penggunaan internet kepada komuniti Felda Jelai
- Memperkenalkan kemudahan yang terdapat di Pusat Akses
- Memberi maklumat berkaitan Koperasi Felda dan produk-produk yang dihasilkan oleh Felda Jelai.
Program ini juga turut dibantu oleh:
- Unit ICT SMK JELAI (F)
- Team Maxis Cyberkids Club SMK JELAI (F)
Semasa Program berlangsung:

Jarak Bandar (KM)
senarai jarak Felda Jelai ke bandar-bandar yang berhampiran di ngeri sembilan
- Felda Jelai ke bandar Gemas = 30KM
- Felda Jelai ke bandar Rompin = 28KM
- Felda Jelai ke bandar Tampin = 43KM
- Felda Jelai ke bandar Rembau = 51KM
- Felda Jelai ke bandar Seremban = 70KM
- Felda Jelai ke bandar bahau = 20KM
Alhamdullilah..pelajar PMR 2009 & 2010 telah memberikan kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan PMR. Tahniah..khususnya kepada guru-guru, para pelajar, PIBG, ibu bapa serta pelbagai pihak yang turut sama membantu ke arah pencapaian tersebut.
Bagi pelajar cemerlang PMR 2009: Nur Aqilah Bte Khamarudin (9A)
Bagi pelajar cemerlang PMR 2009: Nur Aqilah Bte Khamarudin (9A)
Pelajar Cemerlang PMR 2010 :
- Nurul Naziefa Binti Zakaria (8A)
- Nurmurnisa Hidayana Binti Sulaiman (8A)
Konvoi Amal Belia Felda Jelai 3
Pada 30/10/2011 Persatuan Belia Felda Jelai 3,telah menganjurkan konvoi ke Port Dickson.
![]() |
Peserta menunggu ketibaan Dato' Hjh. Zainab Nasir (ADUN Gemas) untuk melancarkan program ini. |
Setelah sampai di Port Dickson,peserta diberi taklimat oleh En.Hafizan.
![]() |
Peserta diingatkan supaya menjaga tingkahlaku semasa berada di tempat awam dan diberi peluang untuk bermandi-manda. Selepas beberapa jam,peserta diarah pulang.. |
Setelah sampai di Felda Jelai,peserta bersalam dengan pihak polis yang mengiringi peserta konvoi..
masih ada yang sayang
" Masih Ada Yang Sayang"
Pada hari Sabtu, 25hb Arpil 2009,
4.30 petang
Bertempat di Perkarangan Pasaraya D'mart Felda Jelai Kompleks, Gemas.
Majlis Dirasmikan Oleh:
YB. PN. HJH. ZAINAB BINTI NASIR
Pengerusi Jawatankuasa
Bertindak Pembangunan Wanita
Dan Kesejahteraan Masyarakat Merangkap ADUN Gemas
pgoram ini bertujuan untuk menyemaikan semangat kebudayaan kepada rakyat Felda Jelai.
pgoram yang dijalankan berjaya dan berjalan dengan seperti yang dirancang
Subscribe to:
Posts (Atom)
eBay Felda Jelai
About Me
- Komuniti Felda Jelai
Followers
Facebook Badge
Berita Terkini
Sembang-Sembang
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
APA ITU GPW? Gerakan Persatuan Wanita (GPW) adalah persatuan wanita yang paling aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di Felda. G...
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai Felda, Gemas, Negeri Sembilan terletak kira-kira 52km dari bandar Tampin dan 24km dari bandar kecil Gem...
-
MISI & VISI KPF mempunyai MISI untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan anggota dan meningkatkan nilai pelaburan mereka dalam syarikat...
-
senarai jarak Felda Jelai ke bandar-bandar yang berhampiran di ngeri sembilan Felda Jelai ke bandar Gemas = 30KM Felda Jelai ke bandar Ro...
-
Ini ialah di antara kerepek-kerepek yang telah dihasilkan oleh Laiman Enterprise (Pengusaha Kerepek Ubi dan Pisang). Jika anda ingin membu...
-
FELDA Jelai mempunyai empat gugusan FELDA iaitu FELDA Jelai 1, FELDA Jelai 2, FELDA Jelai 3 dan FELDA Jelai 4, Setiap gugusan FELDA Jelai ...
-
KERJASAMA: -Pusat Jalur Lebar Felda Jelai -Bahagian Teknologi Pendidikan/ Pusat Kegiatan Guru Gemas Tarikh: 22 Oktober 2011 (Sabtu) Masa : ...
-
Felda Jelai merupakan salah satu Felda yang maju yang juga mempunyai pelbagai kemudahan awam untuk komuniti di sini. Antaranya, ia terdapat ...
-
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinan...
Blogger news
Laman e-Komuniti Felda Jelai
-
-
-
-
-
-
Rasulullah s.a.w bersabda14 years ago
-
Zwani14 years ago
-
-
Program "Moh Poie Masjid Den" Siri Ke-214 years ago