Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di Felda Jelai

  • Sunday 16 October 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:
  • APA ITU GPW?

    • Gerakan Persatuan Wanita (GPW) adalah persatuan wanita yang paling aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di Felda. GPW ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penerokawati juga terlibat dalam pembangunan Felda dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan Felda ini.


    BILA GPW DITUBUHKAN? 

    • GPW telah diwujudkan sejak penduduk mula menetap di Felda Jelai kira-kira 20 tahun yang lalu. 

    APA PERANAN GPW?

    • Gerakan Persatuan Wanita (GPW) ini membantu dan menghantar para ibu tunggal mengikuti kursus untuk membaiki ekonomi keluarga dalam bidang industri kecil dan menderma wang kepada anak-anak yatim yang terdapat dalam Felda Jelai ini setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mereka juga turut mengadakan kumpulan nasyid perempuan dewasa. GPW ini juga terlibat secara langsung serta membantu Badan Agama dan masjid untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

    AKTIVITI-AKTIVITI GPW :

    • GPW juga banyak menganjurkan aktiviti yang berkaitan dengan wanita di Felda. Dalam meningkatkan pengetahuan agama di kalangan wanita, kelas agama turut diadakan seperti kelas tafsir Al-Quran, marhaban, berzanji dan tadarus. Marhaban dan berzanji selalunya dianggotai seramai 30 orang dan selalunya diadakan di dalam majlis keramaian dan majlis perkahwinan. Selain itu, majlis bacaan Yaasin turut diadakan pada setiap malam Jumaat yang diadakan di surau, masjid dan juga dibuat dari blok ke blok oleh golongan wanita Felda di Jelai. GPW juga terlibat dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti membersih dan menceriakan kawasan Felda Jelai, senamrobik dan sebagainya yang juga menjadi aktiviti utama golongan wanita di Felda Jelai ini.
    • GPW juga melakukan aktiviti menambah ekonomi seperti membantu seorang pengusaha membuat kuih bahulu. Proses membuat bahulu ini diadakan pada setiap hari. Perusahaan ini diadakan seawal jam 6.00 pagi sehingga 1.00 petang. Mereka membuat kuih bahulu tersebut sebanyak 4000 biji dalam masa sehari. Harga bagi sebungkus kuih bahulu mengandungi 50 biji yang dijual sekitar RM6.50 sebungkus.
    • GPW juga membantu menyediakan makanan untuk setiap aktiviti yang dijalankan di Felda Jelai, mengikuti kelas memasak, mengadakan lawatan sosial ke setiap blok, dan mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak di Felda Jelai, kem jati diri dan motivasi pelajar turut diadakan.


    AKTIVITI LAIN GPW :

    • Mesyuarat AJK Gerakan Persatuan Wanita.
    • Membuat lawatan warga emas, keuzuran dan kebajikan
    • Mengadakan ceramah agama setiap minggu
    • Mengadakan kelas-kelas bimbingan untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan
    • Menganjurkan sambutan Hari Wanita pada setiap tahun
    • Menghantar ahli-ahli berkursus atau seminar yang berkaitan dengan pembangunan wanita.

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...